Lalu di hadapan saya, seorang siswi. Bau wangiannya dan cukup menyengat hidung. Saya tenung dia. Baju ketat paras pinggang, dengan seluar jeans. Tudung jarang main selimpang di dada. Cantik, memanglah cantik. Ala-ala model gitu. Dia sedang cakap dengan kawan-kawannya yang lain.
Saya masih renung dan tenung.
Saya jadi kasihan padanya, sebab dia berada dalam kesalahan. Kesalahan berpakaian sebegitu rupa..
Dia tak rasa bersalahkah? Menjadi tontonan percuma sang lelaki yang bukan muhrim. Dia tolong mendapatkan tiket dosa untuk mata-mata yang tak rasa bersalah menontonnya.
Kenapa ya dia pakai begitu? Dia tak tahu agaknya pakaian begitu boleh disaman oleh pihak pentadbir? Dia tak fikir itu bukan etika berpakaian di sini? Kawan-kawan tak beritahu diakah? Mak ayah dia tak pernah maklumkankah??
....dia tak pernah diberitahukah bahawa ALLAH tak suka pakaian yang begitu???
Aduh, bagaimana ya?
Saya akur. Pemandangan begini banyak selalunya di tempat awam sana. Kini, di depan mata sendiri. Makin merimbun. Di kampus yang cukup bersifat agama. Mengalunkan biah solehahnya. Dan, depan mata saya, satu panorama yang cukup bercanggah. Apa nilainya?
----------------------------------
Dan yang lebih saya fikirkan, apakah saya dan belia yang faham tentang percanggahan ini sudah mengambil langkah kawalan? Dan bertindak sebagai da'ie muda? Sudahkah?? Caranya apa? Bila......?
Betullah, kerja dakwah tidak mudah, kecuali jika dah dapat dipegang hati mad'u kita. Sebagai mana yang Rasulullah buat dulu. Tengok, kesan tarbiah Rasulullah bagi impak besar pada dunia sahabat. Mereka tak fikir lagi tentang dunia, tapi kejarkan buah akhirat. Intimnya Rasulullah dan sahabat, sampaikan sanggup mati demi pesuruh Allah yang dicinta.
Kita di dunia makin moden. Tarbiah insani yang banyak dimomok modernisasi. Dibunuh dek arus global.
Yang iman makin tak kelihatan sebagai teman. Yang taqwanya pun macam pelita ditiup taufan. Perempuan dan lelaki yang hidup bagai buih-buih di lautan. Makin seronok dengan nikmat dunia, makin sesat makin leka.
-----------------------------------
Hanya bila tsunami menelanjangi insan, baru terbentang sejadah keinsafan..
4 comments:
tak ada penggerak yang jadi pemula. bukan nak tuding jari [sebab tau ia akan lebih banyak menghala sendiri], tapi yang berada dalam 'jemaah ma'aruf' pun tak buat² apa² tanpa jemaahnya [bila duduk sendiri, macam along].
yang nampak mereka buat, sebar risalah. apa isinya? tak cakap sepatah. yang terima terus buang, bukan nak ambil tau dulu pun...
"bila duduk sendiri, macam along"
-apa maksudnya ya mira?? :)
tak ada yang tersirat. cuma nak menyataan kondisi along dalam entri, duduk sendiri, memerhati. itu yang along buat kan? :)
aa..jadi 'penganalisa manusia', inilah rutinnya, perhati apa berlaku sekitar kita.
Kena letakkan syarat juga bila memerhati begitu: next step is to change!...tapi, sering juga usaha nak terjun dlm lujnah dakwah tak tersampai.
yg mgkn boleh dipanggil dakwah pd tahap termampu mgkin ada dlm kerja sbg fasilitator: bina, kongsi dan pesan memesan sesama diri.
ini, di sini..usaha bertulis, mgkin dpt membantu org lain terus berdakwah, atau menjadi sebahagian yg suka menulis aja, atau bisa juga mencetus perubahan kpd mereka yg dah lama terbiar tanpa daie yg berani.
:)
Post a Comment